Presiden ACCCIM: CIIE Berperanan 'Jambatan Ekonomi' China dengan Dunia

(CRI)Selasa 08 November 2022

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang berperanan sebagai "jambatan ekonomi" yang menyambung China dengan dunia, boleh menyediakan peluang yang semakin banyak kepada perusahaan pelbagai negara untuk memasuki pasaran China.

Demikian dinyatakan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Dato' Low Kian Chuan baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya telah mengorganisasi syarikat Malaysia menampil dalam CIIE untuk lima tahun berturut-turut. Di sebalik penularan COVID-19, peniaga Malaysia tetap aktif melibatkan diri dalam ekspo terbabit, mencerminkan kehendak mereka mahu merintis pasaran di China, dan daya tarikan CIIE yang berpotensi besar.

Kebelakangan ini, China terus memendekkan senarai negatif tentang akses pelaburan asing, dan giat menambahbaik persekitaran perniagaan. Nisbah penglibatan semula 500 syarikat terbaik di dunia dan konglomerat bidangan dalam ekspo tersebut memperlihatkan pengiktirafan peniaga asing terhadap persekitaran perdagangan China.

Dalam CIIE edisi 2022, ACCCIM memilih menubuhkan pavilion di zon pameran makanan dan produk pertanian.

"CIIE yang dipandang sebagai peluang penting bagi menunjukkan potensi eksport Malaysia, kondusif bagi memperkasakan daya saing produk Malaysia, dan menggalakkan syarikat domestik kami mementingkan kualiti produk, teknologi canggih dan penjenamaan," kata Tan Sri Dato's Low Kian Chuan.

Beliau menambah, kerjasama ekonomi dan pembangunan serantau dipercayai akan mendapat momentum yang lebih besar berkat berlangsungnya CIIE 2022 dan penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dimulakan pada awal 2022. 

Gaya Hidup