Bagaimana Lindungi Tanah Paya untuk Generasi Akan Datang?

(CRI)Selasa 08 November 2022

“Kita perlu meningkatkan kerjasama untuk bersama-sama mendorong perlindungan tanah paya dalam senario global”. Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Sidang Pemeterai Ke-14 “Konvensyen Tanah Paya” atau juga dikenali sebagai “Konvensyen Ramsar” di Wuhan secara video dalam talian.

“Menghimpunkan kata sepakat di peringkat antarabangsa tentang usaha menghargai tanah paya”, “mendorong prosedur global untuk melindungi tanah paya” dan “mengintensifkan manfaat tanah paya demi kesejahteraan rakyat” yang dikemukakan Xi merupakan hala tuju bagi perlindungan tanah paya dalam senario global.

Tiga arahan tersebut bukan sahaja menyeru manusia menghormati dan menghargai alam sekitar, menegaskan peri pentingnya menjadikan lebih banyak tanah paya tersenarai sebagai tapak perlindungan, malah juga menekankan hendaklah mendorong pembangunan mampan supaya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Ketua Setiausaha Konvensyen Ramsar, Musonda Mumba menyatakan bahawa pihak pemeterai yang lain akan menyedari peranan tanah paya dalam menghadapi perubahan iklim dan perlindungan kepelbagaian biologi apabila melihat China yang menampil sebagai perintis.

Tahun ini ulang tahun ke-30 keanggotaan China dalam Konvensyen Ramsar. 25 buah bandar yang baru terpilih sebagai “bandar tanah paya antarabangsa” akan dianugerah sijil sempena sidang tahun ini. Kini, China mempunyai 13 “bandar tanah payah antarabangsa”, menduduki tempat pertama dalam ranking dunia yang keseluruhannya berjumlah 43 buah. Ini buktinya kegigihan China dalam melindungi alam sekitar dan ekologi tanah paya.

Dalam ucapannya, Presiden Xi memperkenalkan langkah substantif yang bakal dijalankan China untuk terus mendorong perlindungan tanah paya, misalnya berturut-turut menubuhkan sekumpulan taman negara, menyenaraikan tanah paya seluas kira-kira 11 juta hektar dalam sistem taman negara, dan memulakan projek mega untuk melaksanakan rancangan perlindungan tanah paya di peringkat kebangsaan. Selain itu, China akan terus mendorong kerjasama dan interaksi antarabangsa, melindungi 4 laluan penerbangan burung hijarah yang melalui China, menubuhkan “Pusat Pokok Bakau Antarabangsa” di Shenzhen dan menyokong persidangan Forum Pantai Laut Global (WCF). Kesemua tindakan ini memperlihatkan China akan terus mendorong modeniasasi yang harmoni antara manusia dengan alam di samping mempergiat pembangunan berkualiti tinggi dalam usaha perlindungan tanah paya.

Gaya Hidup