Xi Tinjau Pusat Komando Operasi Bersama CMC, Tegaskan Latihan Tentera

(CRI)Rabu 09 November 2022

Tentera China diarahkan menumpu kepada persiapan untuk bertempur, memperkasakan kemampuan untuk mencapai kemenangan dalam pertempuran, dan bertindak pantas meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan pelbagai misi pada era baharu ini.

Demikian ditekankan Presiden China, Xi Jinping ketika meninjau ke Pusat Komando Operasi Bersama Jawatankuasa Ketenteraan Pusat (CMC) Parti Komunis China (PKC) pada Selasa.

Arahan Xi yang menyasarkan peningkatan latihan dan persiapan untuk pertempuran ini mencerminkan tekad pucuk pimpinan baharu CMC bertindak selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kongres Kebangsan Ke-20 PKC yang berakhir baru-baru ini.

Setelah mendengar laporan dari pusat terbabit, Xi bertemu mesra dengan wakil tentera dan bersalam tulus ikhas kepada semua staf di pusat tersebut.

Gaya Hidup