Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2022 Dirasmikan

(CRI)Rabu 09 November 2022

Sidang kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) dirasmikan di Wuzhen, hari ini.

Bertemakan "Bersama-sama Cipta Masa Depan Digital dalam Dunia Tersambung, Bekerjasama Bina Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber", persidangan kali ini akan memaparkan hasil-hasil terkini perkembangan teknologi Internet, serta memfokuskan pemerkasaan teknologi digital untuk mencipta masa depan.

Turut berlangsung sempena persidangan kali ini termasuk satu sidang pleno dan 20 subforum yang memfokuskan empat bidang termasuk kerjasama dan pembangunan, teknologi dan industri, kemanusiaan dan sosial, serta tadbir urus dan keselamatan.

Persidangan tersebut juga menetapkan tema tentang fokus dan titik hangat dalam ruang siber global, mencerminkan pemikiran pelbagai sektor yang berpandangan ke hadapan terhadap prospek pembangunan Internet, menerajui trend baharu inovasi teknologi digital, menunjukkan dan mendorong cadangan China mengenai pembangunan dan tadbir urus Internet serta kebijaksanaan dan tanggungjawab China.

Sidang kemuncak kali ini merupakan sidang tahunan pertama sejak tertubuhnya WIC dan ia disertai kira-kira 2,000 wakil dari lebih 120 negara dan kawasan secara dalam dan luar talian.

Sebagai salah satu acara penting bagi persidangan kali ini, Ekspo Sinar Internet telah dilancarkan secara terlebih dahulu pada Selasa.

Lebih 400 firma dari dalam dan luar negara mempamerkan hasil sains dan teknologi canggih, kecerdasan buatan (AI), metaverse, data raya, keselamatan siber serta produk terbaharu.

Turut difahamkan, aktiviti pelancaran hasil sains dan teknologi canggih Internet dunia, pelancaran kertas biru WIC dan peringkat final "Pertandingan Internet Global Straight to Wuzhen" juga berlangsung dalam tempoh persidangan kali ini.

Gaya Hidup