- Lain-lain
 
ASEAN Setuju Terima Timor-Leste Sebagai Anggotanya
 (CRI)Isnin 14 November 2022
		
		Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada dasarnya bersetuju mengakui Timor-Leste sebagai anggota ke-11 pertubuhan itu.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat, pemimpin ASEAN dalam satu kenyataan berkata bahawa Timor-Leste akan diberi status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua sesi sidang kemuncak serta mesyuarat ASEAN.
Para pemimpin bersetuju merangka Pelan Hala Tuju bagi menetapkan kriteria yang perlu dipenuhi Timor-Leste, dan semua negara anggota ASEAN dikehendaki menyediakan sebarang sokongan yang diperlukan sebelum negara itu dianugerahkan keanggotaan penuh.
 Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn 
	Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
 Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang
				
			


