Tujuh Cedera Kes Tembakan di AS

(CRI)Isnin 14 November 2022

Kes tembakan berlaku di bandar Omaha, Nebraska Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera.

Menurut pihak polis tempatan, tembakan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.15 awal pagi, dan mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Polis sedang menjalankan siasatan dan penduduk diingatkan jangan pergi ke tempat kejadian tersebut.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan