Output Bateri China Lonjak 98.1% pada Oktober

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 November 2022

Pekerja sedang memeriksa bateri litium untuk dieksport di sebuah kilang di Haian, provinsi Jiangsu, pada Mei.(GU HUAXIA/CHINA DAILY)

Seiring dengan ledakan dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di China, kapasiti terpasang bateri domestik menampakkan peningkatan pesat pada bulan Oktober, iaitu melonjak 98.1 peratus kepada 30.5 kWj berbanding masa sama tahun lepas.

Berdasarkan statistik Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), kira-kira 10.8 kWj bateri litium besi fosfat (LiFePO4) dipasang pada NEV, iaitu meningkat 35.4 peratus berbanding tahun lepas, menyumbang 55.2 peratus daripada output bateri pada bulan Oktober.

Menurut CAAM, pasaran NEV China telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada bulan lalu dengan jumlah pengeluaran yang mencecah 762,000 unit, iaitu naik 87.6 peratus tahun ke tahun, manakala jualan NEV merekodkan pertambahan 81.7 peratus kepada 714,000 unit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan