NEV China Dipasarkan ke Indonesia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 November 2022

Air ev Wuling buatan Indonesia ditetapkan untuk digunakan sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada November. [Gambar disediakan untuk chinadaily.com.cn]

Model kenderaan elektrik yang pertama disediakan Wuling, jenama China untuk pasaran global telah dilancarkan oleh kilangnya yang terletak di Indonesia pada Isnin lalu.

Model yang diberikan nama “Air ev” itu direka bentuk berdasarkan model keretanya yang popular, iaitu Wuling Hongguang EV. Tayangan perdana model kereta itu bakal diadakan di Pameran Kereta Antarabangsa Indonesia pada Khamis akan datang.

Menurut Wuling, pihaknya akan mempercepatkan proses meneroka pasaran global. Indonesia, destinasi pertama.

Sebagai pasaran kenderaan terbesar di rantau Asia Tenggara, Indonesia merancang akan memulakan pembuatan kenderaan elektrik (EV) pada 2022, manakala kadar jumlah pengeluaran EV pula akan mencapai 20% dalam keseluruhan pengeluaran kereta menjelang 2025.

Kapasiti pengeluaran sanggup mencapai 120 ribu buah kereta dalam tempoh setahun bagi kilang Wuling di Indonesia yang menelan pelaburan USD 700 juta.

Selain Indonesia, Air ev Wuling juga akan dipasarkan ke India, Mesir dan lain-lain.

Wuling akan terus mempergiat urusannya di seberang laut supaya menyediakan produk Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan seluruh dunia di samping memperlihat kemampuan sains dan teknologi yang canggih pembuatan China.

Jumlah penjualan telah mencecah sejuta sejak Wuling yang berpusat di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi meneroka bidang NEV pada 2017. Sehubungan itu, Wuling menjadi salah satu jenama yang paling cepat mencapai kejayaan dalam industri NEV global. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan