21 Terbunuh dalam Kebakaran di Gaza

(CRI)Jumaat 18 November 2022

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Genting Gaza. Beliau mengisytiharkan 18 November sebagai hari berkabung kebangsaan Palestin, dan bendera kebangsaan akan dinaikkan separuh tiang di jabatan-jabatan kerajaan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh pada Khamis.

Menurut laporan, kebakaran berlaku di sebuah bangunan kediaman di kem pelarian Jabaliya di utara Genting Gaza pada Khamis malam.

Menurut jabatan kesihatan dan penyelamat tempatan, sekurang-kurangnya 21 orang terkorban, dan ramai lagi cedera dalam tragedi tersebut.

Setakat ini, kebakaran sudah dipadamkan, dan mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan