Jejak Kaki di Ibu Kota Rempah-ratus, Yulin

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 November 2022
Jejak Kaki di Ibu Kota Rempah-ratus, Yulin
Gambar menunjukkan peniaga rempah memilih bunga lawang di Pasar Perdagangan Rempah Antarabangsa Yulin. Foto oleh Huang Yanmei

10 November: menjejak kaki di Pasar Perdagangan Rempah Antarabangsa Yulin yang terletak di Taman Perindustrian Utara Luchuan, Guangxi, umpama melangkah masuk ke alam rempah-ratus. Di pasar ini, lebih 150 daripada 200 jenis rempah yang biasa digunakan ada ditawarkan.

Pada hari itu, rempah-ratus diangkut keluar masuk oleh kenderaan yang tidak putus-putus datang dan pergi. Para pekerja pula sibuk memunggah dan menyusun rempah di pasar untuk dihantar ke seluruh pelosok negara.

Bandar Yulin mempunyai reputasi sebagai ibu kota perubatan dan ibu kota rempah-ratus di selatan China. Sejak zaman purba, Yulin telah menjadi pusat penanaman dan pengedaran utama bunga lawang, cengkih, kayu manis, daun salam, cili, lada putih, lada hitam dan rempah-ratus lain bagi seluruh China malah juga rantau ASEAN.

Kini, Yulin mempunyai pasaran profesional ketiga terbesar untuk bahan-bahan perubatan berasaskan herba di China, juga merupakan pusat pengedaran, pusat perdagangan dan pusat penentuan harga untuk rempah-ratus yang terbesar di negara ini. Anggaran 80% daripada rempah-ratus di China dan lebih daripada dua pertiga daripada rempah-ratus di seluruh dunia diedarkan di Yulin. Setiap tahun, kota rempah itu memperdagangkan 1 juta tan bahan perubatan tradisional Cina dalam bentuk herba dan rempah-ratus, dengan nilai transaksi kira-kira 30 bilion yuan. Produk rempah Yulin dieksport ke Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Thailand, Malaysia dan negara-negara lain. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan