Iran Ulangi Pendirian Tidak Tunduk kepada Tekanan Barat

(CRI)Isnin 21 November 2022

Iran mengulangi pendirian tidak tunduk kepada tekanan Barat, dan akan meneruskan program nuklear bagi tujuan aman mengikut keperluan negara serta dengan mematuhi hak dan kewajipannya di bawah perjanjian antarabangsa berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani berkata resolusi anti-Iran yang dikemukakan bersama Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman dalam mesyuarat Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mutakhir ini hanya bermotifkan politik.

Menurutnya, Iran telah memberi amaran terhadap tingkah laku negara Barat itu yang disifatkan sebagai tidak logik dan merosak.

“Malangnya, sudah menjadi kelumrahan untuk negara-negara Barat menentang sebuah negara merdeka dengan menggunakan organisasi antarabangsa,” kata Kanani dalam sidang media pada Ahad. 

Gaya Hidup