Xi Tahniah Tokayev Kekal sebagai Presiden Kazakhstan

(CRI)Selasa 22 November 2022

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev yang berjaya mempertahankan kedudukannya untuk penggal kedua.

Xi menerusi perutusannya berkata keputusan itu menunjukkan sepenuhnya kepercayaan dan sokongan yang diberikan rakyat Kazakhstan kepada Tokayev.

Menurutnya, beliau amat mementingkan pembangunan hubungan China-Kazakhstan, dan bersedia mengambil peluang sambutan ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik dua negara sebagai titik permulaan baharu untuk memantapkan perkongsian strategik komprehensif yang berkekalan.

Xi turut menzahirkan hasrat China untuk bersinergi dengan Kazakhstan ke arah komuniti berkongsi nasib sesama negara, hinggakan membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan