Tingkat Hasil Bijirin—Kerjasama Menang-Menang antara China, CIMMYT

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 November 2022
Tingkat Hasil Bijirin—Kerjasama Menang-Menang antara China, CIMMYT
Gambar menunjukkan tabung plasma germa CIMMYT di Mexico. Di sebalik dua pintu tebal, fasiliti ini menyimpan lebih daripada 150,000 jenis plasma germa gandum dan 28,000 jenis plasma germa jagung. (Gambar: Zhu Yubo/Xinhua)

Ditubuhkan pada 1966, Pusat Perbaikan Jagung dan Gandum Antarabangsa (CIMMYT) ialah sebuah institusi penyelidikan pertanian bukan keuntungan. Kini, hampir separuh jagung dan gandum yang ditanam di negara-negara membangun berasal daripada benih, anak atau keratan tumbuhan (plasma germa) CIMMYT.

Sejak China menjalin hubungan perkongsian dengan CIMMYT pada 1967, lebih 20 buah institut tempatan mengambil bahagian dalam pertukaran sumber plasma germa. Kedua-dua pihak telah bersama-sama melatih lebih 5,000 penuntut lepasan ijazah dan pakar penyelidik China, sekali gus membolehkan pengalaman dari seluruh dunia dipratikkan dalam pembangunan pertanian negara ini. Ketika ini, ibu pejabat CIMMYT di Mexico mempunyai dua pakar penyelidik tetap dan beberapa sarjana dari China, yang berkongsi pengalaman keselamatan makanan negara ini dengan dunia.

Menurut statistik CIMMYT, China telah menyumbang beribu-ribu sampel plasma germa kepada tabung biodiversiti tanaman gandum. Sejak tahun 2000, 26% daripada gandum yang ditanam di China mempunyai pertalian genetik dengan gandum CIMMYT. Selain itu, 13 jenis jagung baharu hasil kajian bersama kedua-dua pihak telah ditanam di Nepal, membantu meningkatkan pengeluaran dan pendapatan bijirin tempatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan