Ucapan Tertulis Xi untuk Forum Antarabangsa Bantuan Padi Hibrid dan Keselamatan Bijirin Dunia

(CRI)Isnin 14 November 2022

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tertulis kepada Forum Antarabangsa Bantuan Padi Hibrid dan Keselamatan Bijirin Dunia yang diadakan di Beijing pada Sabtu.

Xi menyatakan, pada setengah abad yang lalu, padi hibrid terlebih dahulu dihasilkan di China dan dipopularkan dengan luas, yang dilihat menyumbang kepada pencapaian China dalam membekalkan makanan yang mencukupi kepada penduduk yang bilangannya menempati hampir satu perlima keseluruhan dunia dengan tanah tanaman yang belum sampai 9% keseluruhan dunia, dan berkembang menjadi negara pengeluar bijirin terbesar dan negara pengeksport bijirin ketiga terbesar di dunia. Padi hibrid yang diperkenalkan kepada hampir 70 buah negara di lima benua sejak tahun 1979, merupakan sumbangan yang menonjol bagi bertambahnya pengeluaran bijirin dan pembangunan pertanian negara-negara terbabit dan digelar sebagai pendekatan China yang berperanan membantu negara membangun menyelesaikan masalah kekurangan bijirin.

Xi menekankan, memandangkan situasi keselamatan bijirin di dunia masih serius dan rumit pada masa ini, China bersedia sinergi dengan negara lain berkongsi nasib dan bersatu padu mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan bijirin dan pembasmian kemiskinan supaya dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pembinaan dunia ke arah tanpa kebuluran dan kemiskinan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan