Elemen Sains, Teknologi Penuhi Piala Dunia Qatar

(CRI)Khamis 24 November 2022

Dalam temasya Piala Dunia 2022 di Qatar ketika ini, orang awam bukan sahaja disajikan dengan perlawanan menarik di atas padang, malah turut diberi peluang untuk menghayati elemen sains serta teknologi, dan banyak daripadanya merupakan kali pertama digunakan dalam sejarah temasya ini.

Meskipun berada pada musim sejuk ketika ini, Qatar yang beriklim padang pasir tropika masih mempunyai suhu udara yang tinggi, sekali gus menyaksikan tujuh daripada lapan padang bola sepaknya dilengkapi sistem penyejukan.

Difahamkan, pemasangan sistem itu adalah untuk menyediakan suasana yang lebih nyaman kepada atlet dan penonton, secara tidak langsung kondusif kepada pemeliharaan kesihatan rumput padang bola sepak.

Untuk rekod, satu-satunya padang bola sepak yang tidak dilengkapi sistem penyejukan itu adalah berikutan lokasinya iaitu di pantai laut.

Namun, ia mempunyai keistimewaan dari segi reka bentuk dinding dan penempatan kerusi yang membolehkan angin dari laut menjadi penyaman udara semula jadi.

Kualiti rumput, iaitu salah satu elemen penting dalam pertandingan bola sepak, turut dititikberatkan pihak penganjur apabila benih rumput istimewa digunakan dengan penanaman dan penjagaannya mampu menjimatkan air tawar kira-kira 40% berbanding rumput biasa.

Menurut makluman, ia difahamkan adalah berikutan penggunaan teknologi penyahgaraman dan pengumpulan air hujan serta sistem pengairan pintar digunakan.

Selain itu, sistem yang dipasang di bawah rumput itu mempunyai kebolehan menyerap air lebihan, seterusnya mencegah berlakunya rumput sakit.

Piala Dunia kali ini juga menawarkan siri perkhidmatan terhadap golongan kurang upaya dengan penggunaan teknologi baharu termasuk Bonocle iaitu platform hiburan Braille pertama di dunia.

Sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2022, golongan cacat penglihatan boleh menggunakan mesin elektronik tersebut untuk mengakses pelbagai maklumat, seterusnya bersama-sama menikmati kegembiraan dalam Piala Dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan