10 Bandar Paling Berpotensi di China (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 November 2022
10 Bandar Paling Berpotensi di China
Yang ke-7 Suzhou

 

Ahli ekonomi Ren Zeping bersama kumpulan kerjanya menerbitkan laporan ranking 10 bandar di Tanah Besar China yang mempunyai potensi paling tinggi untuk berkembang makmur.

Menurut laporan itu, aglomerasi bandar yang diketuai bandar pusat menunjukkan produktiviti yang lebih tinggi selain memiliki kelebihan dalam aspek penggunaan tanah dan tenaga, bahkan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi China.

89 daripada 100 bandar teratas dalam ranking tersebut terletak di 19 aglomerasi bandar yang besar.

Pada masa ini, China mempunyai 10 kawasan metropolitan dengan populasi lebih 30 juta, termasuk Shanghai, Guangzhou, dan Shenzhen; 11 kawasan metropolitan dengan populasi antara 20 juta hingga 30 juta, seperti Hefei, Chengdu, dan Hangzhou; dan 13 kawasan metropolitan dengan populasi antara 10 juta hingga 20 juta, seperti Xi'an dan Ningbo.

34 kawasan metropolitan tersebut yang hanya membentuk 18.6% daripada jumlah keluasan tanah negara ini menarik 63% penduduk tetap yang juga menyumbang 78% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China. Tambahan pula, populasi kebanyakan kawasan metropolitan tersebut terus-menerus merekodkan pertumbuhan.

Laporan berkenaan turut menyenaraikan kawasan metropolitan Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Guangzhou sebagai kawasan yang potensi pembangunannya paling tinggi pada tahun 2022, manakala Delta Sungai Yangtze, Delta Sungai Mutiara dan kawasan metropolitan Beijing terdepan jika dinilai dari segi skala ekonomi dan inovasi industri.

Mari kita lihat 10 bandar dengan potensi pembangunan paling tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan