China Sedia Bantu Indonesia Tangani Bencana Gempa

(CRI)Khamis 24 November 2022

China bersedia menyalurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada Indonesia untuk menangani bencana gempa bumi, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

"Rakyat Indonesia pasti mampu mengharungi detik sukar dan membangunkan kembali kampung halaman mereka secepat mungkin," ujar beliau semasa sesi taklimat pada Rabu.

Dilaporkan, jumlah korban akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter yang melanda Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 268 orang setakat Selasa. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan