China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia

(CRI)Isnin 14 November 2022

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di Bali, Indonesia pada 14 hingga 17 November.

Duta Besar Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun telah menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau mengatakan bahawa tema sidang kemuncak kali ini ialah "Pulih Bersama, Pulih Lebih Kukuh", dan China akan menjadi peneraju pemulihan tersebut.

"Indonesia bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang serta melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi." kata beliau.

Menurut duta itu, China sebagai negara besar yang berpengaruh, nescaya akan memainkan peranan pimpinan yang besar dalam pemulihan serantau dan global.

Selain itu, beliau berpendapat bahawa China juga akan berperanan penting dalam transformasi digital, tenaga baharu, usaha menghadapi krisis tenaga dan bahan makanan sempena sidang kemuncak tersebut.

"Sebagai negara membangun dan pasaran baharu muncul, tibalah masanya untuk kita mengeluarkan suara lantang. Dan pembina sistem tadbir urus global patut dimulakan dari negara-negara jiran kita.”

"Sebagai jiran, kita perlu bertindak segera, merapatkan hubungan persahabatan berdasarkan aspirasi bersama serta menyumbangkan tenaga kepada tadbir urus dan pembangunan global." kata Djauhari.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan