Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-8 Dirasmikan di Indonesia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 07 Disember 2022
Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-8 Dirasmikan di Indonesia

Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-8 di Tangerang, provinsi Banten pada Isnin. Beliau turut menzahirkan harapan agar temasya tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara dan wilayah-wilayah.

“Saya berbesar hati merasmikan temasya ini. Kedatangan para atlet Wusyu dan perwakilan dari 60 negara (dan wilayah) di lima benua amat dialu-alukan,” ujar Widodo dalam majlis perasmian.

Tambah beliau, “Temasya ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga kesempatan yang baik untuk mempertingkat persahabatan dan persaudaraan sesama bangsa.”

Menurut setiausaha agung Persekutuan Wusyu Antarabangsa (IWUF), Zhang Qiuping, lebih 800 atlet akan bertanding untuk merebut 71 pingat emas.

Kata Zhang ketika menghadiri sidang media sebelum majlis perasmian, beliau dapat merasakan semangat membara para atlet yang berjaya melayakkan diri .

23 orang atlet dari Indonesia, negara tuan rumah, akan bertanding di temasya tersebut, demikian maklum Kementerian Belia dan Sukan negara itu.

Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-8 akan berlangsung dari 3 hingga 11 Disember.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan