China Berjaya Lancar Satelit Ujian Baharu

(CRI)Rabu 07 Disember 2022

China telah berjaya melancarkan sebuah satelit ujian baharu ke angkasa pagi tadi.

Satelit ujian Sistem Pertukaran Data VHF (VDES) itu dilancarkan dengan roket pembawa Kuaizhou-11 Y2 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada pukul 9.15 pagi, dan kini telah berjaya memasuki orbitnya.

Satelit ujian tersebut akan terutama digunakan untuk ujian komunikasi dan penentusahan teknologi utama VDES dan sistem identifikasi automatik (AIS).

Gaya Hidup