China akan Terus Sokong Peralihan Politik Sudan: Xi

(CRI)Jumaat 09 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi pada petang Khamis.

Xi menegaskan bahawa China akan terus memberikan bantuan semampu boleh kepada Sudan untuk membangunkan negara, di samping menjalankan kerjasama dalam industri petroleum, pertanian dan perlombongan.

Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan berkata bahawa Sudan dengan tegas menyokong China dalam menjaga kepentingan terasnya dan menyokong teguh semua inisiatif yang dianjurkan China. Pihaknya berharap hubungan antara Sudan dengan China, serta dunia Arab dengan China akan diperkasakan lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan