Jual Beli Bawang Putih Rancak

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 07 Disember 2022
Jual Beli Bawang Putih Rancak
Petani bawang putih di daerah Qixian, bandar Kaifeng, provinsi Henan menyambut ketibaan musim menuai. (foto: Si Liqiang/ China Daily)

Petani bawang putih di daerah Qixian, bandar Kaifeng, provinsi Henan menyambut ketibaan musim menuai baru-baru ini. Penanaman bawang putih telah menjadi industri kunci di daerah tersebut.

“Semakin ramai petani menjadi kaya daripada usaha menanam bawang putih. Kami akan memanfaatkan kelebihan yang datangnya dengan gelaran ‘pusat bawang putih’ untuk mendorong pembangunan berkualiti ekonomi tempatan,” kata Dai Jitian, ketua cawangan Parti Komunis China (PKC) di daerah Qixian.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, keluasan kawasan penanaman bawang putih di daerah Qixian meliputi 46,667 hektar dengan jumlah tuaian tahunan sekitar 960,00 tan metrik. Rantaian perindustrian lengkap dari penanaman, penyimpanan, pemprosesan, penjualan hinggalah penyelidikan telah dibentuk di daerah tersebut.

Menurut Zhang Kaimin, presiden persatuan bawang putih Qixian, daerah itu mempunyai kedudukan tinggi dalam pasaran komoditi berkenaan dengan jumlah perdagangan sebanyak 2 juta tan dan nilai perdagangan 11 bilion yuan (6.95 bilion ringgit).

Qixian merupakan lokasi bagi satu-satunya pusat penyelidikan dan pemeriksaan kualiti bawang putih dan produk bawang putih di provinsi Henan.

Menurut Zhang Yongbo, ketua kumpulan industri bawang putih Henan, daerah itu juga tapak operasi bagi lebih 80 syarikat pemprosesan bawang putih, yang produknya dieksport ke Indonesia, Thailand, New Zealand, Malaysia dan negara-negara lain.

Gaya Hidup