Bina Hubungan China-Kuwait yang Lebih Cerah: Xi

(CRI)Jumaat 09 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Mishaal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Riyadh, Arab Saudi pada petang Khamis waktu tempatan.

Xi menyatakan bahawa pihaknya menyokong Kuwait memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. China menghargai Kuwait yang mengamalkan dasar satu China dan memberikan sokongan kepada China dalam kepentingan teras seperti isu Hong Kong, Taiwan dan Xinjiang.

Beliau menegaskan bahawa China bersedia berusaha bersama-sama dengan Kuwait untuk membina hubungan dua hala yang lebih cerah.

Putera Mahkota Sheikh Mishaal pula menyatakan bahawa China mengekalkan prinsip sama rata, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, serta menganjurkan beberapa inisiatif dan tindakan demi kesejahteraan rakyat seluruh dunia.

Beliau menegaskan bahawa China ialah sahabat Kuwait untuk selama-lamanya. Pihaknya bersedia berganding bahu dengan China untuk memperkasakan kerjasama dalam pelbagai sektor untuk mencipta masa depan hubungan dua hala yang lebih indah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan