China, Arab Kongsi Visi Pembangunan

(CRI)Jumaat 09 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping dijadual menghadiri Sidang Kemuncak China-Negara Arab pertama dan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, serta mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula 7 hingga 10 Disember atas undangan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Ia sekali gus merupakan aktiviti diplomasi terbesar dan standardnya paling tinggi antara China dengan negara Arab sejak penubuhan Republik Rakyat China.

China dan negara Arab masing-masing mempunyai tamadun yang bersejarah begitu lama, jadi apakah keistimewaannya kerjasama kedua-dua pihak?

Dari segi kolaborasi dalam sektor tenaga, China telah menggantikan Amerika Syarikat (AS) sebagai pengimport tenaga terbesar di dunia, manakala negara Arab adalah sumber import minyak mentah terbesar bagi China.

Bukan sekadar bidang tenaga sahaja, kerjasama kedua-dua pihak juga melibatkan teknologi tinggi termasuk tenaga alternatif di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Mengapa kerjasama tenaga alternatif dipergiatkan di rantau yang paling kaya dengan minyak di dunia?

Di sebalik kerjasama itu, ia memperlihatkan kedua-dua pihak mempunyai misi pembangunan yang sama dan kepentingan pembangunan yang bersepadu.

Pengarah Institut Pengajian Timur Tengah di bawah Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Niu Xinchun berkata China dan Arab Saudi serta negara Arab lain mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama dalam proses transformasi dan pembaharuan ekonomi.

"Di tengah peralihan tenaga global, Arab Saudi tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak pada masa depan, maka negara itu mengemukakan inisiatif untuk mempelbagaikan ekonominya menerusi pengindustrian.

"China mempunyai banyak pengalaman dalam usaha menuju pemodenan melalui pengindustrian, dan kedua-dua pihak juga mempunyai pandangan yang sama dalam transformasi perindustrian," ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan