10 Anugerah Profesional Menanti Peserta Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-9

(CRI)Isnin 12 Disember 2022
10 Anugerah Profesional Menanti Peserta Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-9

Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-9 akan diadakan di Xi'an, provinsi Shaanxi China selama empat hari mulai 30 Disember ini.

Untuk edisi kali ini, Kumpulan Media China (CMG), kerajaan provinsi Shaanxi dan kerajaan provinsi Fujian akan menjadi penganjur bersama dengan merangkumi tujuh bahagian utama.

Ia termasuk pertandingan Anugerah “Golden Silk Road”, majlis pembukaan dan acara karpet merah, malam filem, tayangan filem, forum filem, dan majlis anugerah di samping beberapa aktiviti lain, untuk memperkasa pertukaran budaya Jalan Sutera.

Difahamkan, sebanyak 1,598 filem dari 90 negara dan wilayah telah disahkan untuk bertanding “Anugerah Golden Silk Road”, sementara 19 filem cemerlang berjaya terpilih selepas melalui beberapa pusingan pemilihan.

Menurut penganjur, kesemua 10 anugerah profesional akan diumumkan pada hari penutup.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan