GDTE Edisi Pertama Buka Tirai di Hangzhou

(CRI)Isnin 12 Disember 2022
GDTE Edisi Pertama Buka Tirai di Hangzhou

Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) edisi pertama membuka tirai di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Ahad.

Untuk rekod, GDTE merupakan satu-satunya ekspo profesional peringkat nasional yang bertemakan perdagangan digital antarabangsa di China.

Selain forum utamanya, sejumlah 16 subforum turut diatur membabitkan industri, platform, persekitaran, sistem serta kawal selia berkaitan perdagangan digital.

Difahamkan, lebih 800 perusahaan dalam dan luar negara menyertai ekspo kali ini dengan membawa produk, teknologi dan perkhidmatan terbaharu masing-masing untuk dipertontonkan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan