Tak Mahu Lihat Bekalan Senjata Dihantar ke Ukraine: Dujarric

(CRI)Isnin 19 Disember 2022

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu melihat keamanan diwujudkan di Ukraine seawal mungkin, bukannya semakin banyak senjata diangkut ke negara itu.

Demikian kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric ketika diminta mengulas tentang rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk terus membekalkan senjata kepada Ukraine.

Terdahulu, media AS memetik sumber pegawai kerajaan negara itu sebagai melaporkan, AS merancang meluluskan pembekalan sistem peluru berpandu pertahanan udara Patriot kepada Ukraine dalam masa terdekat ini.

"Konflik Rusia-Ukraine menunjukkan trend semakin meruncing dalam beberapa hari kebelakangan ini, dan ia bukan sesuatu yang ingin kami lihat,” kata Dujarric semasa taklimat media pada 16 Disember.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan