Jalan-jalan, Makan-makan, Beli-belah…. “Nafas Kota” Beijing Nyala Semula (8)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 26 Disember 2022
Jalan-jalan, Makan-makan, Beli-belah…. “Nafas Kota” Beijing Nyala Semula
Pada 2.36 petang 22hb, kereta api berkelajuan tinggi G812 "Shaoyang-Beijing Barat" tiba di Stesen Kereta Api Barat Beijing, Para penumpang meninggalkan stesen dengan teratur. (Foto oleh wartawan People's Daily Online, Xia Xiaolun)

Pada awal pagi, Wang Jie yang bekerja dalam sektor e-dagang menaiki penerbangan pertama hari itu ke Hangzhou untuk membincangkan perniagaan dengan rakan-rakannya. Pada tengah hari pula, Liu Shanshan dan Tong Tong yang telah lama tidak berjumpa bertemu janji di Sanlitun. Mereka bukan sahaja menikmati teh susu bersama-sama, malah turut pergi ke restoran yang tular dalam internet. Pada waktu petang, Li Hao yang baru pulang dari kerja membawa teman wanitanya ke pawagam untuk menonton "Avatar 2"...

“Keluar dan menenangkan fikiran, lagipun saya sudah lama tidak menonton filem,” Li Hao memberitahu wartawan sambil memegang sebekas bertih jagung. Dia bekerja di Pusat Dagangan Dunia China, dan teman wanitanya berada 4 kilometer jauhnya di Dongdan. Namun jika dibandingkan dengan keluasan Beijing, jarak mereka dikira dekat. "Walaupun hari ini hari bekerja, tetapi bilangan penonton di pawagam tetap ramai. Dapat dirasai masa lapang semua orang terisi semula dengan pelbagai aktiviti," katanya.

Seorang kakitangan pawagam memberitahu wartawan: "Sejak minggu ini, bilangan pengunjung meningkat dengan ketara, terutamanya sejak filem Avatar 2 ditayangkan di China, hinggakan panggung sepenuh-penuhnya." Dia mengingatkan, "jika anda ingin menonton di panggung IMAX, pastikan dahulu bilangan tiket yang tinggal. Jika terlewat, anda tidak akan mendapat tempat duduk yang bagus malah mungkin juga tiada tiket. Namun untuk panggung biasa, bilangan tiket agak mencukupi dan boleh dibeli satu atau dua jam lebih awal.”

"Anda mungkin tidak percaya jika saya kata sudah lama tidak melihat suasana orang datang dan pergi. Saya sangat teruja." Du Hua, yang kerjanya membabitkan penjualan komoditi di Stesen Kereta Api Beijing Barat memberitahu pemberita, "Ada satu tempoh sebelum ini, bilangan orang yang melancong tidak ramai, orang di stesen juga tidak begitu ramai. Terdapat 13 bilik menunggu di stesen. Bilangan pelancong sangat sedikit sehingga hanya 2 atau 3 daripadanya yang dibuka. Namun baru-baru ini, bilangan bilik menunggu yang dibuka semakin banyak, pelanggan yang datang membeli juga bertambah dan perniagaan kami semakin baik.

Baru-baru ini, dengan pengumuman dasar seperti "Dua Puluh Langkah" dan "Sepuluh Langkah Baharu" dan yang berkaitan untuk mengoptimumkan pencegahan dan kawalan wabak, perjalanan hidup orang ramai menjadi lebih mudah. Banyak pusat membeli-belah di Beijing juga telah mengumumkan pembukaan semula restoran, dan perbelanjaan luar talian juga beransur pulih. Aliran trafik yang tidak putus dan aliran penumpang yang semakin meningkat menghidupkan semula bandar Beijing. Selanjutnya, mari kita ikuti lensa wartawan untuk melihat "nafas kota" yang telah lama hilang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan