Syarikat Penghantar Makanan Bantu Sektor Katering China Pulih

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 29 Disember 2022
Syarikat Penghantar Makanan Bantu Sektor Katering China Pulih

Sejak kerajaan China mengumumkan “10 Langkah Baharu” iaitu pelonggaran kawalan COVID-19, bandar-bandar kembali sibuk dan pengusaha katering kembali beroperasi. Ketika berkuatkuasanya larangan makan di restoran, banyak pengusaha menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran. Demi meningkatkan daya tahan, kini banyak kedai makan menawarkan kedua-dua perkhidmatan itu sekali, namun sebilangan besar berhadapan dengan situasi kekurangan kemahiran untuk beroperasi dalam talian. Didapati hanya 26.8% mempunyai pekerja sepenuh masa untuk mengendalikan operasi seumpama, menurut laporan berkenaan.

Demi membantu kedai kecil dan sederhana menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan lebih baik, syarikat penghantar makanan Meituan melancarkan Perkhidmatan Pengurus Penghantaran yang memberi bantuan menyeluruh kepada pengusaha katering, termasuk diagnosis perniagaan, hiasan kedai, perekaan menu, perancangan acara, promosi dan pemasaran, dan pengoptimuman operasi.

Kedai Cakoi Zhangji (cawangan Jalan Ningbo) yang terletak di Shanghai mengalami kesusahan dalam hiasan kedai dalam talian. Namun melalui Perkhidmatan Pengurus Penghantaran syarikat Meituan, kedai ini mendapat bantuan daripada jurugambar dan pereka yang profesional dan menu mayanya turut dioptimumkan bagi memudahkan pemesanan. Dalam tempoh lebih satu bulan, perolehan dari perkhidmatan penghantaran kedai cakoi ini meningkat tiga kali ganda.

Menurut Statistik Meituan, setakat akhir tahun 2022, sebanyak 70,000 kedai kecil dan sederhana mendapat bantuan secara percuma melalui Perkhidmatan Pengurus Penghantaran. Secara puratanya, perolehan setiap kedai meningkat 30%, iaitu lebih 6,000 yuan bulan ke bulan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan