HK dan Macau Pulihkan Pelancongan Berkumpulan

(CRI)Jumaat 30 Disember 2022

Pelancongan berkumpulan antara Hong Kong (HK) dan Macau dipulihkan semula berikutan penyusunan semula dasar keluar masuk di kedua-dua wilayah itu.

Rombongan pelancong pertama yang terdiri daripada lebih 30 orang bertolak dari HK ke Macau pada Khamis lalu. Rombongan masuk Macau melalui Jambatan HK-Zhuhai-Macau untuk percutian dua hari satu malam.

Biro Pelancongan Macau telah mengadakan upacara untuk menyambut kedatangan rombongan itu.

Ketua biro itu, Maria Helena de Senna Fernandes menzahirkan harapan agar persahabatan antara kedua-dua wilayah itu dapat ditingkatkan melalui pelancongan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan