Qin Gang, Antony Blinken Bual Melalui Telefon

(CRI)Selasa 03 Januari 2023

Menteri Luar baharu China, Qin Gang mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Ahad.

Dalam perbualan itu, Qin turut mengimbas kembali pertemuan penuh jujur, mendalam dan konstruktif yang kerap kali diadakan dengan Blinken sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Besar China ke AS.

Beliau berharap dapat mengekalkan hubungan kerja yang rapat dengan Blinken untuk menggalakkan perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.

Qin dan Blinken turut bertukar-tukar ucapan Selamat Tahun Baharu semasa perbualan itu. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan