AS Digesa Cepat Berkongsi Data Varian Baharu

(CRI)Selasa 10 Januari 2023

Amerika Syarikat (AS) digesa secepat mungkin berkongsi maklumat dan data mengenai penularan wabak COVID-19 di dalam negerinya dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa, di samping meningkatkan keberkesanan dalam mengawal penularan wabak.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam ketika menjawab pertanyaan tentang adakah AS telah berkongsi maklumat dan data berkaitan XBB.1.5, yang sudah mengganti BQ.1.1 menjadi virus nombor satu dalam penularan COVID-19 di dalam negerinya dewasa ini dengan China atau tidak.

Wang berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu sejak tercetusnya COVID-19, hampir kesemua varian virus COVID-19 pernah berleluasa di AS yang turut muncul sebagai salah satu negara yang terdapat paling banyak varian. Lebih 40% kes jangkitan di AS dilaporkan berpunca dari XBB.1.5, virus yang paling ganas dan aktif pada masa ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan