China Harap Perjalanan Individu Dipulihkan dan Dimudahkan

(CRI)Khamis 29 Disember 2022

Pelbagai pihak perlu mengambil tindakan saintifik dan terselaras dalam memerangi wabak COVID-19, untuk memberikan kemudahan kepada perjalanan antarabangsa, memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, serta mendorong ekonomi dunia pulih dan membangun dengan mampan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam siding media pada Rabu, ketika diminta mengulas langkah kawalan terbaharu Amerika Syarikat (AS) ke atas pelancong dari China.

Beliau berkata, China berpendapat bahawa langkah pencegahan dan kawalan wabak harus dilaksanakan secara saintifik, dan tidak patut menjejaskan perjalanan antarabangsa yang normal.

Pada masa sama, China juga mendapati bahawa ada banyak negara menunjukkan sikap positif terhadap langkah baharu China tentang perjalanan antarabangsa, dan berharap perjalanan itu dapat pulih dengan lebih lanjut dengan tahap kemudahan lebih tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan