Acara Promosi Pelancongan Musim Sejuk China Dilancarkan di Singapura

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 Januari 2023

Poster acara promosi. (Gambar/Chinaculture.org)

“Musim Promosi Pelancongan Ais dan Salji China di Seberang Laut 2023” (2023 China Ice & Snow Tourism Overseas Promotion Season) dilancarkan di Pusat Kebudayaan China di Singapura pada 8 Januari.

Acara tersebut dihadiri Qin Wen, kaunselor kebudayaan Kedutaan China di Singapura, Zhou Zheng, timbalan pengarah Pejabat Pelancongan China di Singapura dan lebih 250 ejen pelancongan tempatan, syarikat penerbangan serta wartawan media tempatan.

Zhou Zheng, timbalan pengarah Pejabat Pelancongan China di Singapura memberi ucapan pada 8 Januari. (Gambar/Chinaculture.org)

Kata Zhou, China mempunyai sumber pelancongan ais dan salji yang berbagai-bagai, produk pelancongan yang matang, infrastruktur pelancongan yang lengkap serta perkhidmatan pelancongan berkualiti. Adalah menjadi harapannya supaya penduduk kawasan tropika pergi ke utara China untuk menikmati keindahan ais dan salji pada musim sejuk serta merasai produk bercirikan ais.

“Musim Promosi Pelancongan Ais dan Salji China di Seberang Laut 2023” dilancarkan di Singapura pada 8 Januari. (Gambar/Chinaculture.org)

Pameran bertema “Terokai Keindahan Ais dan Salji di China” turut diadakan agar penduduk tempatan dapat menikmati pemandangan salji yang indah di utara China melalui gambar terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, lebih 30 siri serta 400 produk digital pelancongan ais dan salji dilancarkan dalam talian.

“Musim Promosi Pelancongan Ais dan Salji China di Seberang Laut 2023” dilancarkan di Singapura pada 8 Januari. (Gambar/Chinaculture.org)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan