Xinjiang Aturkan Kereta Api Khas, Mudahkan Pelancong Main Ski

(CRI)Jumaat 30 Disember 2022

Jabatan kereta api wilayah Xinjiang melancarkan kereta api khas pada 28 Disember, untuk memudahkan para pelancong bermain ski di kawasan Altay pada musim sejuk ini.

Menurut taklimat, kereta api khas itu akan bertolak dari stesen Urumqi setiap malam, dan tiba di Altay pada keesokan pagi. Perjalanan itu sejauh 908 kilometer.

Dengan dilengkapi katil di semua gerabak, kereta api itu akan memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada para penumpang. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan