Juara Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Diumumkan (13)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 Januari 2023
Juara Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Diumumkan
Penyampaian Hadiah Utama. (Gambar oleh Wang Jing dari People's Daily Online)

Ditaja oleh Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing, dihoskan oleh People's Daily Online dan Bandar Hohhot, pertandingan bercerita “Kisah saya dengan Hanzi Bahasa China” peringkat antarabangsa telah menutup tirainya di Bandar Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada 10 Januari.

Pertandingan kali ini menggunakan “yi (kebenaran)” sebagai temanya untuk menyampaikan visi pertukaran, saling belajar, saling memahami serta integrasi antara tamadun dunia supaya mengumpul kekuatan untuk maju ke hadapan dengan saling berpegangan tangan. Hampir 3,000 peserta dari lebih 70 negara yang menempuh perjalanan jauh bertemu kerana hanzi dan teruja untuk menyertai pertandingan tersebut.

Seyi Essobo Pascal Axyan, peserta dari Cameroon, meraih kejuaraan dan memenangi Hadiah Utama, manakala Kalra Anmol Suresh dari India dan Kiti Tippawan dari Thailand membawa pulang Hadiah Pertama. Kirianaki Kseniia dari Ukraine, Gaifiev Eduard dari Rusia serta Janik Westerboer dari Jerman diberikan Hadiah Kedua dan Tchabi Koffi Odjoukpan dari Togo, Hussaini Mohammad Mahdi dari Afghanistan serta Lucas Gutierrez Rodriguez dari Sepanyol mendapat Hadiah Ketiga.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan