China Bebaskan Tarif untuk 98% Produk dari 10 LDCs

(CRI)Khamis 10 November 2022

China akan membebaskan semua tarif untuk 98% produk hasilan sepuluh negara, iaitu Afghanistan, Republik Benin, Burkina Faso, Republik Guinea Bissau, Kerajaan Lesotho, Republik Malawi, Republik Demokratik Sao Tome and Principe, Republik Bersatu Tanzania, Republik Uganda dan Republik Zambia yang tersenarai sebagai negara paling mundur (least developed countries--LDCs) bermula 1 Disember 2022.

Demikian terkandung dalam pengumuman yang dikeluarkan Jawatankuasa Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara pada Rabu.

Dimaklumkan lagi, China akan beransur-ansur memberikan layanan berkenaan kepada kesemua negara paling mundur yang berhubungan diplomatik dengannya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan