- Lain-lain
CPI China pada Disember Naik 1.8%
(CRI)Khamis 12 Januari 2023
Indeks Harga Pengguna (CPI) seluruh negara China pada bulan Disember 2022 menokok 1.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2021, dan angka yang sama tercatat baik di bandar mahupun di kawasan luar bandar. Antaranya, harga makanan dan harga bukan makanan masing-masing meningkat 4.8% dan 1.1%, sedangkan harga penggunaan dan perkhidmatan masing-masing naik 2.6% dan 0.6%.
CPI bagi Disember 2022 kekal pada paras yang sama dengan November 2022. Antaranya, angka yang tercatat dalam bandar bagi Disember kekal pada paras yang sama dengan November, sedangkan yang tercatat di kawasan luar bandar menguncup 0.2%.
Dimaklumkan lagi, CPI sepanjang tahun 2022 meningkat 2.0% berbanding dengan 2021.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang