Aroma Tanghulu Bangkit Nostalgia TBC di Xiong’an (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 Januari 2023
Aroma Tanghulu Bangkit Nostalgia TBC di Xiong’an
Hawthorn yang belum disalut gula dimasukkan puri buah. (Gambar oleh Yang Hualong)

Di Kampung Dashuliuzhuang, Kawasan Baharu Xiong’an, Provinsi Hebei, penduduk tempatan sibuk membuat Tanghulu, buah bersalut gula yang dicucuk dengan lidi seperti sate, bagi menyambut Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang. Kononnya, di setiap bandar raya di China, ada sahaja penjual Tanghulu dari Kampung Dashuliuzhuang.

Kampung Dashuliuzhuang terkenal dengan Tanghulu, yang sejarah pembuatannya menjangkau lebih seratus tahun lalu. Dua pertiga penduduknya reti membuat Tanghulu. Tanghulunya beraneka ragam dan mempunyai lebih 30 jenis seperti hawthorn, keladi, buah berangan, durian, strawberi dan sebagainya. Buah yang merah disira dengan selapisan nipis gula memberi cita rasa yang unik iaitu rangup dan masam, amat disukai orang ramai.

Setiap Tahun Baharu Cina, Tanghulu menjadi sangat popular sama ada di pasar raya mahupun di kedai kecil. Jumlah jualannya amat mengagumkan. Ini juga tempoh yang paling sibuk bagi penduduk Kampung Dashuliuzhuang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan