Kalangan Pelancongan Itali Tak Sabar Terima Pelancong China

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Badan promosi pelancongan dan syarikat pelancongan Itali menzahirkan kesediaan untuk menyambut kedatangan pelancong China, di samping menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada mereka.

Naples yang kaya dengan sumber pelancongan ialah sebuah bandar pelabuhan terkenal di selatan Itali. Kebanyakan syarikat pelancongan tempatan sudah tidak bersabar untuk menerima kedatangan pelancong China.

Menurut data Jabatan Statistik Kebangsaan Itali, sebelum penularan COVID-19, Itali telah menerima 5.35 juta pelancong dari China pada 2019, sekali gus menjadikan Itali salah sebuah negara Eropah yang paling banyak dikunjungi pelancong China pada tahun itu.

Ketua wakil Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Itali (ENIT) di China, Cristiano Varotti memberitahu pemberita bahawa Itali sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak pelancong dari China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan