Jumlah Pelancong ke Makau Cipta Rekod

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Menurut statistik Jabatan Polis dan Keselamatan Wilayah Pentadbiran Khas Makau, sehingga pukul 9.00 malam Ahad, jumlah pelancong yang keluar masuk Makau mencatat 99.2 ribu orang, antaranya 48.3 ribu pelancong masuk ke wilayah itu, sekali gus mencipta rekod baharu sejak penularan COVID-19.

Selain itu, jumlah pelancong yang keluar masuk Makau sepanjang Ahad lalu mencatat angka 351.9 ribu orang.

Selepas pelaksanaan dasar pengecualian ujian asid nukleik (NAT) di pintu masuk, Jabatan Pelancongan Makau (MGTO) giat mempromosikan aktiviti dan pakej pelancongan sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC) melalui pelbagai saluran, termasuk tawaran potongan harga penginapan dan pengangkutan, untuk memacu pemulihan ekonomi pelancongan tempatan.

Difahamkan, MGTO akan mengadakan pelbagai aktiviti menyambut TBC pada hari pertama hingga ketujuh perayaan itu termasuk perarakan naga keemasan dan kereta berhias, pertunjukan bunga api dan mercun untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pada tahun baharu ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan