Berusaha Jamin Penghasilan Bijirin Lebih 650 bilion Kg Tahun ini

(CRI)Jumaat 20 Januari 2023
Berusaha Jamin Penghasilan Bijirin Lebih 650 bilion Kg Tahun ini

Jumlah penghasilan bijirin di China sekali lagi membaharui rekod pada 2022, di samping peluasan tanaman kacang soya melebihi unjuran, dan kadar kebergantungan diri kacang soya meningkat 3 peratus.

Demikian dimaklumkan daripada mesyuarat kebangsaan mengenai pertanian dan hal ehwal luar bandar yang diadakan di Beijing pada Rabu.

Menurut mesyuarat itu, pelbagai pihak berkaitan perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan penghasilan bijirin yang memuaskan pada tahun ini, meningkatkan jumlah pengeluaran tanaman sumber minyak seperti kacang soya dan jagung, dan menambah baik mekanisme pencegahan dan pengurangan bencana alam.

Di samping itu, usaha harus dipergiat untuk menggalakkan petani dan entiti pengelolaan pertanian baharu menanam bijirin agar menjamin sasaran jumlah pengeluaran bijirin melebihi 650 bilion kilogram tercapai pada tahun ini. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan