Warga China Terbunuh dalam Kes Tembakan di California

(CRI)Selasa 24 Januari 2023

Kedutaan dan konsulat China di Amerika Syarikat (AS) mengibarkan bendera separuh tiang untuk menyatakan rasa duka cita atas kes tembakan serius yang berlaku di komuniti Cina di Monterey Park, Los Angeles pada 21 Januari, yang mengakibatkan 10 orang maut dan 10 lagi cedera.

Menurut jurucakap Konsulat Jeneral China di Los Angeles, ada warga negara China disahkan terbunuh dalam kes tersebut.

Konsulat itu mengucapkan simpati kepada masyarakat Cina tempatan, di samping mengingatkan warga China supaya meningkatkan waspada demi keselamatan diri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan