Jumlah Mangsa Ditembak Mati Polis AS Catat Rekod Tertinggi

(CRI)Khamis 08 Disember 2022

Jumlah mangsa yang ditembak mati oleh polis di Amerika Syarikat (AS) mencatat 1,047 orang pada tahun 2021.

Menurut laporan The Washington Post, angka ini mencatat rekod tertinggi sejak statistik tersebut dijalankan oleh akhbar berkenaan.

Jumlah mangsa yang ditembak mati oleh polis AS mencatat peningkatan dari tahun ke tahun sejak tahun 2015. Jumlah kumulatif mencatat 7,000 orang, namun hanya kurang daripada 40 peratus daripadanya tercatat dalam pangkalan data Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Gaya Hidup

Berita Berkaitan