Lebih 300 Juta Perjalanan Domestik pada Cuti TBC

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 28 Januari 2023
Lebih 300 Juta Perjalanan Domestik pada Cuti TBC
Penumpang sedang melalui pemeriksaan tiket di Stesen Kereta Api Timur Nanxing, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, pada 27 Januari 2023. Stesen kereta api, lebuh raya dan lapangan terbang telah bersiap sedia untuk ketibaan kemuncak perjalanan domestik kerana semakin ramai orang telah dan akan kembali bekerja selepas cuti TBC yang selama seminggu. (foto: Lu Boan/Xinhua)

Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, semasa cuti Tahun Baharu Cina (TBC) ini, kira-kira 308 juta perjalanan domestik direkodkan, meningkat 23.1 peratus tahun ke tahun.

Statistik daripada kementerian tersebut menunjukkan, hasil cukai pelancongan dalam percutian selama seminggu berjumlah 375.8 bilion yuan (235.11 bilion ringgit), meningkat 30 peratus.

Sebanyak 10,739 tarikan pelancongan diiktiraf peringkat A, yang menyumbangkan 73.5 peratus daripada jumlah keseluruhannya di China, beroperasi seperti biasa dalam tempoh itu.

Kementerian tersebut juga memberitahukan bahawa sepanjang TBC, pelbagai aktiviti kebudayaan dan pelancongan turut diadakan di seluruh negara untuk merangsang penggunaan pada waktu malam.

 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan