Bill Gates: Kebangkitan China Kemenangan Besar Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 Januari 2023

Bill Gates berbicara tentang cabaran global dalam satu perbualan di Australia. (foto: Lowy Institute)

Apabila Bill Gates, pengasas Microsoft, berbicara tentang cabaran global dalam satu perbualan di Australia pada 23 Januari waktu tempatan, beliau menyifatkan kebangkitan China sebagai kemenangan besar bagi dunia.

“Saya cenderung melihat kebangkitan China sebagai kemenangan besar bagi dunia. Kini, populasi China merupakan hampir 20% populasi dunia, berat ekonomi China dalam ekonomi dunia sepadan dengan berat populasinya dalam populasi dunia ”

“Dalam isu ini, saya sangat bersetuju dengan Kevin Michael Rudd (bekas perdana menteri Australia).” kata Bill Gates.

Mengenai hubungan antara China dan Amerika Syarikat (AS), beliau berkata “Saya berpendapat sikap AS terhadap China penuh curiga dan sama-sama kalah. Jika tanya ahli politik AS ‘Adakah anda ingin ekonomi China menyusut 20% atau berkembang 20%’, saya rasa mereka akan memilih yang pertama. Mereka akan menyokong ‘Mari kita memiskinkan orang-orang itu’, tetapi mereka lupa bahawa apabila menangani ekonomi global, penemuan baharu rawatan kanser, dan perubahan iklim, kerjasama diperlukan.”

Beliau nenambah, AS sudah menjadi lemah dari segi politik, negara-negara seperti China harus memainkan peranan yang lebih besar dalam tadbir urus global.

“Dari segi politik, AS sudah lebih lemah hari ini berbanding dengan hari lalu. Ini akan memberi pengaruh besar terhadap dunia kerana sistem dunia hari ini dibentuk di bawah pimpinan AS. Dengan negara-negara lain semakin makmur dan kaya, negara membangun termasuk China dan India perlu memainkan peranan yang lebih penting.”

Bill Gates berbicara tentang cabaran global dalam satu perbualan di Australia. (foto: Lowy Institute)

Sebelum ini, Bill Gates telah banyak kali berbicara tentang pembangunan China.

Pada Mac 2017, beliau berkunjung ke China dan memberi ucapan di Universiti Peking dengan tema “Masa Depan China: Inovasi, kedermawanan dan kepimpinan global”. Beliau berpendapat bahawa ketika sesetengah negara mengalihkan perhatian mereka daripada hal ehwal antarabangsa, China sedang mempercepatkan langkahnya sebagai pemimpin global.

Pada 2021, beliau pernah menyentuh komitmen China untuk membolehkan negara-negara kurang maju mendapat manfaat daripada hasil inovasi, mengatakan negara ini tampil sebagai kuasa penting dalam inovasi inklusif global.

“China terus melabur dalam bidang penyelidikan saitifik dan berusaha memastikan idea baharu dan alat baharu menjadi barangan awam, yang mampu menyelamatkan nyawa sekali gus meningkatkan kualiti hidup penduduk di seluruh dunia.”

Mengenai bantuan China kepada negara-negara lain dalam bidang kesihatan dan pertanian, Bill Gates berkata China memiliki kelebihan besar dalam kedua-dua bidang tersebut, yang dianggap amat membantu bagi negara-negara membangun lain. Selain itu, kekuatan sains dan teknologi pertanian China juga semakin meningkat. Dalam bidang plasma germa, China mempunyai tekologi yang canggih, memberi banyak peluang kepada institusi penyelidikan dan sektor swasta untuk mengamalkan teknologi baharu.

Pada 19 November 2022, Forum Kesihatan Sedunia ke-2 membuka tirai di Universiti Tsinghua. Bill Gates dalam ucapan videonya memuji China yang telah memainkan peranan utama dalam isu global seperti kawalan wabak COVID-19.

“Saya sangat bergembira melihat China mengambil tindakan positif dan memainkan peranan kepimpinan dalam isu global. China berpengalaman dalam mengatasi kemiskinan dan menangani krisis kesihatan awam.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan