Rakyat China Jiwai Konsep ‘Xiaokang’

(CRI)Rabu 07 Disember 2022

Konsep ‘xiaokang’ atau makmur sederhana sudah sebati dalam jiwa seluruh rakyat China kerana ia merupakan status sosial ideal yang dikejar bangsa Cina sejak zaman kuno.

Lahir daripada Book of Poetry atau Shi Jing, koleksi puisi yang terawal dihasil di China sekitar 2,500 tahun lalu, perkataan ‘xiaokang’ pada asalnya bermaksud ketenangan relatif.

Kemudian, maknanya berubah menjadi keadaan pembangunan sosial yang makmur, lumayan, stabil dan damai, memaparkan aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih baik.

Presiden Xi Jinping turut pernah memberi tafsiran mengenai konsep ‘xiaokang’.

Pada April 2019, beliau ketika dalam tinjauan kerja ke kampung Huaxi di Chongqing berkata bahawa usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar antara yang terpenting bagi China dalam mewujudkan masyarakat makmur sederhana.

Dari sudut pandang Xi, kerja membasmi kemiskinan merupakan kunci untuk menjayakan usaha berkenaan.

“Tiada satu individu pun yang boleh ditinggalkan”, seperti yang disasarkan, perjuangan berterusan akhirnya mendatangkan kejayaan besar dalam usaha menghapuskan kemiskinan di dalam negeri.

Hampir 100 juta penduduk miskin dari luar bandar dibawa keluar daripada kancah kemiskinan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita mencecah 10,000 dolar Amerika, secara tidak langsung menyaksikan wujudnya kumpulan berpendapatan sederhana terbesar dunia.

Sempena sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) pada 1 Julai 2021, Xi mengumumkan bahawa China berjaya mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh.

Daripada aspirasi kepada kenyataan, ‘xiaokang’ sudah menjadi satu ungkapan yang menggambarkan kejayaan masyarakat China bergelar status yang diidamkan sejak sekian lama.

Ia sekali gus membantu komuniti global memahami negara ini dengan lebih baik, seperti ‘pintu terbuka dan pembaharuan’ serta ‘sosialisme bercirikan China’ yang sudah diketahui umum.

Kini, seluruh rakyat sedang meniti perjalanan baharu ke arah Matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat menjelang pertengahan abad ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan