China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran

(CRI)Isnin 30 Januari 2023

Program pertukaran dan perjalanan antara China dengan Singapura dipulihkan sepenuhnya.

Perkara itu diumumkan pihak China semasa aktiviti budaya sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kedutaan Besar China di Singapura, pada Ahad.

Duta Besar China ke Singapura, Sun Haiyan, dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat bersama merasmikan aktiviti budaya berkenaan, yang turut dihadiri tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat.

Antara perkara lain yang diumumkan pada aktiviti berkenaan termasuk pertukaran lawatan peringkat tinggi disambung semula, manakala kumpulan pertama pelancong China akan tiba di Singapura  tidak lama lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan