Patung Arnab Mecha Dilihat di Pusat Bandar Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 Februari 2023
Patung Arnab Mecha Dilihat di Pusat Bandar Beijing
(Sumber gambar: IC photo)

Sempena Tahun Arnab, satu arnab mecha gergasi dilihat di Sanlitun, Daerah Chaoyang, bandar Beijing akhir-akhir ini.

Karya ini dihasilkan atas kerjasama antara filem The Wandering Earth II, satu filem fiksyen sains mengenai angkasa, dan Bi Heng, seorang artis kontemporari di China. Ia diberi nama “To” yang sama sebutan dengan “arnab” dan juga “masa depan” dalam bahasa Mandarin.

Arnab bulan, satu karakter dalam mitos Cina, melambangkan unsur tradisional, manakala unsur mecha merupakan simbol kepada masa depan, sekali gus memberi maksud mewariskan masa lalu dan menuju ke masa depan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan