China Terus Sokong Pergaulan Rakyat dan Pertukaran Ekonomi dengan Luar Dirapatkan

(CRI)Rabu 08 Februari 2023

Seiring dengan pelancongan outbound pulih dengan teratur, China akan terus menyokong pergaulan rakyat dan pertukaran ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dirapatkan, yang dilihat boleh membawa lebih banyak keyakinan dan pernafasan baharu kepada pemulihan ekonomi sejagat. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media semalam.

Mao berkata, sejumlah rombongan pelancong China sebagai kumpulan pertama tiba di Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Emiria Arab Bersatu dan Mesir pada 6 Februari lalu, dan turut mendapat sambutan di setiap destinasi dalam suasana ramah tamah.

“Kami berharap negara-negara terbabit menyediakan persekitaran dan syarat yang selamat dan mudah kepada para pelancong China”, kata Mao.

Tambah beliau, penyambungan semula perkhidmatan pelancongan outbound secara berkumpulan dipercayai boleh membantu merangsang pasaran pelancongan sejagat sekali gus menyuntik momentum kepada ekonomi dunia pasca wabak COVID-19. Dalam Forum Pelancongan ASEAN Tahun 2023 yang berlangsung baru-baru ini, negara-negara anggotanya secara umumnya menunjukkan sikap mahu mendorong pemulihan industri pelancongan tempatan melalui kedatangan pelancong China yang dinanti-nantikan selama ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan